Sunday, November 3, 2019

Kenyataan 929 Agora Society “Bersolidariti dengan Hong Kong, Tolak Totalitarianisme”

(Kenyataan berikutnya dibaca oleh ahli Agora Kenneth Cheng Chee Kin pada pukul 7.18 mlm, di tempak letak kereta awam berdekatan dengan KLSCAH)

Salam Sejahtera and Salam Demokrasi. Atas jemputan penganjur, saya mewakili NGO Agora Society untuk memberi sepatah kata tentang demonstrasi 29th September Malaysia Bersolidariti dengan Hong Kong. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir meskipun ada tekanan sosial dari pihak tertentu.

Dalam tempoh tiga bulan ini, kita telah menyaksikan keberanian dan keteguhan penduduk Hong Kong menurun ke jalan raya berturut-turut untuk membela hak kebebasan mereka. Protes ini dicetuskan kerana penduduk Hong Kong tidak berpuas hati dengan kerajaan Hong Kong untuk meluluskan satu rang undang-undang yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke Tanah Besar China. Ini adalah kerana undang-undang Hong Kong adalah
sangat berbeza daripada Tanah Besar China, penduduk Hong Kong menyifat tindakan ini telah menjejaskan prinsip “satu negara, dua system” yang dijanji oleh Kerajaan People’s Republic of China pada tahun 1997. Jadi pada mulanya, penduduk Hong Kong hanya semata-mata menuntut agar rang undang undang itu dibatalkan.

Namun demikian, oleh sebab tuntutan tersebut, penduduk Hong Kong telah mengalami pelbagai salah laku polis seperti keganasan polis. Polis Hong Kong juga disyaki bekerjasama dengan kongsi gelap untuk memburukkan imej penduduk Hong Kong yang terus menuntut dan mempertahankan hak mereka. Kita merayu agar pihak polis di Hong Kong berhenti dengan semua salah laku dan meminta kerajaan Hong Kong bermula dialog dengan pihak tertentu untuk bekerjasama dan mencari jalan penyelesaian.
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan perhargaan kepada penduduk Hong Kong yang masih percaya pada prinsip kebebasan, demokrasi dan kerajaan yang bertanggungjawab (‘accountable’), terutamanya mereka pernah memberi sokongan kepada warga Malaysia. Penduduk Hong Kong telah memberi solidariti waktu kita menuntut pilihan raya yang lebih bersih melalui protes di jalan raya pada masa itu. Semua prinsip yang saya sebut tadi sepatutnya tidak mengira kaum, agama dan kewarganegaraan dan inilah sebab utama kita yang memegang prinsip yang sama dengan penduduk Hong Kong berhimpun di sini untuk memberi sokongan dan solidariti kepada penduduk Hong Kong.
Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment