Thursday, January 4, 2018

Kenyataan Bersama: Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator

Kenyataan Media Bersama 4 Januari 2018

Kami, 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan 107 warganegara prihatin yang menandatangan di bawah, berpandangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), daripada berfungsi sebagai pemangkin demokrasi, akan menjadi “perlumbaan ke paras terendah” yang membawa implikasi buruk kepada aktivisme sivik yang muncul selepas tsunami politik 2008.

Dengan ini, kami ingin mengeluarkan sebuah kenyataan bersama tentang perjuangan demokrasi semasa dan integriti pemimpinan politik seperti berikut:


Bankrapnya moral kerajaan sekarang

Tanpa perlu dipertikaikan, pentadbiran kini di bawah Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah bankrapt moralnya. Di mana-mana negara berdemokrasi, seseorang pemimpin yang dituduh terlibat dalam skandal kewangan besar seperti 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) perlu meletakkan jawatan ataupun menghadapi usul tidak yakin (vote of no confidence) dalam parlimen. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Maka, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam PRU-14 dengan Najib sebagai satu beban besar kerana sudah pasti beliau bukan seorang pemimpin yang kita boleh menaruhkan harapan negara.

Kekurangan legitimasi moral dalam calon Perdana Menteri Pakatan Harapan 

Namun, dengan mencalonkan Mahathir Mohamad sebagai interim Perdana Menteri jikalau pertukaran kerajaan berlaku, Pakatan Harapan (PH) kini menghadapi risiko kehilangan ketinggian moral untuk memperjuangkan nilai-nilai universal seperti keadilan sosial, hak-hak asasi dan kebertanggungjawapan.

Kegagalan PH terbesar adalah kenyataan bahawa, sementara mengkritik salahlaku BN, PH menutup satu mata terhadap rekod dahsyat bekas Perdana Menteri tersebut dalam nilai demokrasi, dan memberi tanggapan kepada orang awam bahawa ia telah tunduk kepada budaya ‘bebas daripada hukuman’ dan kini meletakkan kehendak partisan lebih tinggi daripada prinsip demokrasi dan kebaikan rakyat. Penyesuaian politik ini sudah tentu bukan satu perkembangan positif kepada orang Malaysia yang mengharapkan perubahan.

Pada pandangan kami, salahlaku yang menjejaskan kepentingan negara adalah sangat serius, tidak kira ianya dilakukan oleh kerajaan sekarang atau kerajaan lepas, Ini termasuk 1MDB, tindakan keras terhadap perhimpunan Bersih, pembunuhan Teoh Beng Hock, skandal pertukaran asing yang membabitkan Bank Negara pada tahun 1990-an, Operasi Lalang pada tahun 1987, Projek IC, pemecatan bekas hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 dan banyak lagi. Dengan melucutkan tanggungjawab Mahathir, PH telah hilang ketinggian moral untuk mendesak penyingkiran dan pendakwaan Najib.

Kami mendesak kedua-dua pihak BN dan PH untuk menyingkirkan Najib dan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana kami berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kerugian dana awam, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sepanjang waktu pentadbiran mereka masing-masing.

Reformasi institusi adalah langkah-langkah untuk mencegah pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa. Ia amat penting untuk memastikan negara kita kembali ke landasannya. Maka, untuk memastikan institusi awam berfungsi dan mentadbir dengan baik, adalah amat penting orang yang berintegriti tinggi dipilih sebagai Perdana Menteri

Pengekalan budaya tidak-bertoleransi dan perkauman

Kami mengutuk segala helah politik yang berpaksikan kaum dalam hal kedudukan pemimpinan utama negara. Terutamanya, ulasan berulangkali oleh pemimpin UMNO bahawa masyarakat Melayu akan dipinggirkan di bawah satu kerajaan yang didominasi oleh DAP ‘Cina’ adalah amat menjijikkan.

Selain itu, Presiden PAS Hadi Awang telah mencadangkan secara terbuka bahawa jawatan ketua negara dan anggota kabinetnya hanya boleh dijawat oleh mereka yang ‘beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh’. Cadangan ini ternyata telah menafikan hak orang bukan Muslim yang dilindungi oleh Perlembagaan negara.

Kami menyeru semua parti politik menghormati hak demokrasi setiap warganegara untuk menjawat jawatan awam, ini termasuk jawatan Perdana Menteri dan kabinet, tanpa mengira latar belakang jantina, umur, kaum atau agama mereka, kerana kesesuaian penjawat awam patut ditentukan oleh integriti dan kecekapan mereka.

Akhirnya, kami ingin menekankan bahawa perjuangan demokrasi tidak patut merosot menjadi pertarungan di antara elit politik untuk mengenggam kuasa semata-mata kerana demokrasi hanya boleh ditanam dalam sebuah masyarakat sivil yang mempunyai warganegara yang diberdayakan yang bersedia untuk bangkit menuntut haknya. 

Kami ingin menggalakkan orang Malaysia untuk menjadi warganegara yang aktif dalam aktivisme komuniti dan sosial dalam kehidupan seharian mereka, dan juga melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dalam komuniti, samaada setempat atau tahap nasional.

Ini adalah kerana demokrasi adalah lebih daripada hanya membuang undi dalam kotak undi atau meletakkan kepercayaan pada seseorang pemimpin, sebab penglibatan seseorang dalam proses politik itu amat perlu untuk membawa perubahan sebenar.

Perkara yang paling penting adalah masyarakat sivil Malaysia telah mencapai kemajuan besar sejak 2008. Dengan mengangkat politik personaliti dalam percubaan terdesak untuk menukar kerajaan, dan bukan meneruskan perjuangan di atas pencapaian sebelum ini, berkemungkinan besar pencapaian kita setakat ini akan menjadi sia-sia sahaja.

Tandatangan NGO dan Warganegara Prihatin

NGO
Malaysia Free of Corruptor and Dictator
Saya Anak Bangsa Malaysia
Tenaganita
North South Initiative
Jaringan Rakyat Tertindas      (JERIT)
Community Development Centre (CDC)
Malaysia Youth And Students Democratic Movement (DEMA) 学运
Malaysian Election Observers Network (Meonet)
Teoh Beng Hock Trust for Democracy 赵明福民主基金会
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Johor Yellow Flame (JYF) 柔南黄色行动小组
Perak Civic Forum 霹雳公民论坛
Sunflower Electoral Education (SEED) 向日葵选举教育运动
Thinking Society 思辨会社
Imagined Malaysia
Kesatuan Mahasiswa Malaysia      (KESATUAN)
Mamas Bersih 净选盟母亲团

Individu
Lim Yi Hui 林奕慧
Josh Hong 唐南发
Chan Wei See 陈慧思
Ngeow Chow Ying 饶兆颖
Show Ying Xin 苏颖欣
Ng Yap Hwa 黄业华
Chang Teck Peng 庄迪澎
Kua Kia Soong 柯嘉逊
Haris Ibrahim
Ivy Josiah
Gayathry Venkiteswaran
S.Arutchelvan
Benz Ali
Teh Hon Seng 郑云城
Ong Boon Keong 黄文强
Ngeo Boon Lin 欧阳文风
Toh Chin Hong 卓振宏
Cheng Fui Lien 曾慧玲
Chong Yee Shan 张玉珊
Chong Yee chin 张玉菁
Wong Kee Tat 黄麒达
Liew Thin Choy 廖天才
Tam Foon Meng 谭力铭
Lim Kwong Wee 林匡維
Kassim Muhamad
Zikri Rahman
Anis Syafiqah
Lim Chee Han 林志翰
Ng Boon Hui 黄文慧
Patrick Goh 
Catherine Choon
Wong Tay Sy 王泰思
Fredah Ti Binti Abdullah
Farida Jivamala Ibrahim
Yasmin Masidi
Adrian Pereira
Tong Wai Yee 唐薇宜
Ng Xiang Yi 吴湘怡
Ng Lee Yen 黄丽燕
Chew Siew Fong 周小芳
Puah Sze Ning
Mah Wei Li 马薇莉
Chong Kok Bon 庄国文
Yip sau kam 叶秀晴
Tsang Zhi Hao 曾子豪
Lee Chen Kang 李成钢
Chin Siew Chien
Wong Siew Yun 黄秀云
Lee Suk Pei 李素佩
Fion Lee 李抒芬
Lainie Yeoh 杨濢靖
Chan Yit Fei 陈逸飞
Bonnie Chiew 朱珉慧
Choo Chon Kai 朱进佳
Choo Shinn Chei 朱信杰
Hue Yuet Ngan 丘月贤
Tan Choon Joo 陈俊裕
Abdul Razak Ismail
Badrul Hisham Shaharin
Edy Noor Reduan
Muhammad Shamin bin Norisham
Yap Kuan Har 叶君霞
Loke Chee Hoo 陸志豪
Lew Yung Lin 廖永霖
Pow Kiew An 包久安
Aw Swee Sian 胡瑞仙
Aw Swee Hwa 胡瑞华
Wong Han Choo 黃漢初
Hue Shieh Lee 丘雪梨
Jenifer Tiong Ming Chen 張明真
Leong May San 梁美珊
Lee Chung Lun 李忠伦
Liang Tian Shen 龙田深
Ahmad Anwar Asyraf
Saidin Muslimin Ismail
Kunasekaran Krishnan
Mohd Eussouff Mansor
Mohd Shafiq Iqram Abdullah @      Polo
Lam Kah Hon 林嘉翰
Pablo Wong Poh Keong 黃寶翔
Chang Teck Chee 庄迪智
Oung Kang Wei 黄康伟
Chong Kok Siong 莊國雄
Goh Ke JIng 吳科勁
Joshua Pang 彭健偉
Tan Ean Nee 陈彦妮
Ng Kim Fong 吴金峰
Chong Mun yee 张敏儿
Fong Chong Meng 冯忠明
Yap Onn Sang 葉安城
Lee Hui Hui 李慧慧
Christine Loi Bih Ju 黎陛珠
Lim Huey Chyi 林慧棋
Sydney Yap Xi Ni 叶诗妮
Khoo Jeun Fun 邱振蘩
Koong Hui Yein 孔慧颖
Nik Aziz Afiq
Sharan Raj
Paranjothi Joma
Vennusha Priyaa
Faisal Mustaffa
Cheng Lee Whee
Sam Lee 李惠森
 Wong Jye Mei 黄洁媚
Tung Wan Qing 鄧婉晴
Chang Keng Fuh 曾庆富
Chia Wei Loon 谢伟伦

Mengenai Kami

Kenyataan Bersama Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator adalah satu inisiatif yang dilancarkan oleh sekumpulan aktivis, penulis dan warganegara prihatin yang menyokong konsep demokrasi dan hak asasi manusia dilaksanakan dalam pembangunan masyarakat dan bangsa. Kami berasa bimbang pemimpin korup akan kembali sebagai Perdana Menteri selepas PRU-14. Kami berharap suara kami didengar oleh elit politik dan orang awam, mencari satu titik persamaan dan mengumpul sokongan daripada semua pihak untuk mendorong pemdemokrasian dalam negara kita.

Jurucakap : Lim Yi Hui

No comments:

Post a Comment