Friday, June 7, 2019

Kenyataan Akhbar Bersama: Memelihara PULAU KUKUP DAN SEMUA TAMAN NEGARA untuk generasi masa depan!

Kenyataan Akhbar Bersama, 9 Disember 2018
Kami, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertandatangan di bawah ini, menyeru Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Dato'Osman Sapian dan Majlis Eksekutif Johor, membalikkan dengan segera pewartaan tentang pembatalan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara dan memulihkan statusnya.
Kami juga mahukan Menteri Besar dan Exconya supaya memberikan akurjanji yang ikhlas iaitu tidak akan ada lagi pembatalan status taman-taman negara lain di Johor seperti Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Gunung Ledang, Taman Laut Sultan Iskandar dan tapak Ramsar Sungai Pulai.
Taman-taman negara ini adalah sebahagian daripada warisan semulajadi kita dan pelindungan taman tersebut mengekalkan kepelbagaian ekosistem untuk dinikmati generasi masa depan kita, baik dari dalam dan luar negara. Kehilangan flora dan fauna kaya yang terdapat di taman negara ini tidak dapat dipulihkan dan oleh itu adalah sangat ternilai.
Pulau Kukup adalah tapak Ramsar (salah satu daripada 7 tapak Ramsar di Malaysia), yang bermaksud bahawa Malaysia adalah “Pihak Berjanji" kepada Konvensyen Mengenai Tanah Lembap (disebut Konvensyen Ramsar). Perjanjian antara kerajaan ini menyediakan rangka kerja pemuliharaan dan pemanfaatan tanah basah dan sumbernya.
Tanah lembap ini menyediakan air, melindungi kita dari banjir, kemarau dan bencana lain, pada masa yang sama menyediakan makanan dan mata pencarian kepada berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Pulau Kukup merupakan contoh unik pulau bakau asli yang jarang terdapat di Malaysia. Di Asia Tenggara, kehilangan pulau-pulau bakau lebih kerap berlaku atas nama pembangunan berbanding dengan bakau pantai atau sungai.
Kerajaan Negeri Johor mempunyai kewajipan untuk memastikan warisan semulajadi ini dilindungi oleh undang-undang dan tidak ada pembangunan komersil yang melampaui sempadan mereka. Membatalkan status tanah-tanah pelindungan ini adalah mengkhianati amanah rakyat letak pada Kerajaan Negeri.
Kami sokong usul yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Johor pada 6 Disember, 2018, bagi Kerajaan Negeri mengkaji semula pewartaan mengenai pembatalan status Taman Negara Pulau Kukup ini.
Kami yakin semakan dan pembalikan pembatalan akan disambut dengan baik oleh semua rakyat Johor dan Malaysia.
Kami berharap MB dan Exco Negeri akan belajar daripada episod malang ini bahawa mereka perlu merujuk kepada semua pihak berkepentingan, menjadi lebih telus dan bertanggungjawab sebelum melaksanakan sebarang dasar utama. Laporan penuh mengenai kejadian yang membawa kepada pembatalan status Taman Negara Pulau Kukup patut didedahkan kepada orang awan. Dalam lanskap politik baru selepas PRU14, rakyat Malaysia mempunyai harapan yang lebih tinggi untuk kerajaan Pakatan Harapan untuk menjadi lebih konsultatif dan responsif kepada isu kebimbangan rakyat.
Kenyataan di atas diiktiraf secara keseluruhannya oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang berikut:
1 Agora Society Malaysia
2 Aliran
3 Baramkini
4 Center for Orang Asli Concerns (COAC)
5 Center to Combat Corruption & Cronyism (C4)
6 Childline Malaysia
7 Eden Welfare Charity Society
8 ENGAGE
9 Friends of Penang Botanic Gardens
10 GEMA Johor
11 Grassroots
12 Green Earth Society
13 Himpunan Hijau
14 IKRAM Negeri Johor
15 Institut Kesedaran Rakyat (IKR)
16 International Women's Peace Group (IWPG) Malaysia
17 Jobada Johor
18 Johor People's Action Group (JPAG)
19 Johor Yellow Flame (JYF)
20 KL and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
21 Kluang Bersih
22 LIFEZONE
23 LLG Cultural Development Centre
24 Malacca Johor Diocese Catholic Lawyers Guild
25 Monitoring Sustainability of Globalisation
26 Movement for Change, Sarawak (MoCS)
27 Muslim Professionals Forum (MPF)
28 PEKA Malaysia
29 Penang Forum
30 Penang Heritage Trust
31 People Ideas Culture
32 Perak Heritage Society
33 Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
34 Persatuan Sahabat Wanita Selangor
35 Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
36 Pertubuhan Kasih dan Sokongan (Anbum AaTharavumAAa) Johor
37 Pusat KOMAS
38 Sahabat Rakyat
39 Sam Addams
40 Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
41 Selamatkan Kuala Lumpur (SKL)
42 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
43 Sustainable Development Network M'sia (SUSDEN M'sia)
44 Tamil Foundation
45 Teoh Beng Hock Trust for Democracy
46 Toy Libraries Malaysia
47 United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
48 UUM Progressive Front

No comments:

Post a Comment